::pingpangpetpotpet!!::

cena aku mrepek kt sini, centu la bila aku ckap sorg2.. =.='
so, jgn layan..!!

::kAtaK oNg::

20100601

KonvOi FlotiLLa!!



Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.
“Amerika Syarikat sangat menyesali????? sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.
“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.
PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.
Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin,  Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.
Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.
Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.
Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.
 
Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan.

http://haluanpalestin.haluan.org.my/?p=3859 

__________________________________________________________


Kapal induk yang membawa lebih 700 orang aktivis Konvoi Freedom Flotilla dilaporkan telah diserang oleh komando tentera Israel.


Serangan yang berlaku pada kira-kira jam 10.30 pagi waktu Malaysia telah disiarkan secara langsung melalui TV Turki dan juga siaran Live Streaming IHH Insan Yardim Vakfi.


Menurut laporan serangan yang dilakukan dengan helokpter tersebut menyebabkan 2 orang aktivis meninggal dunia dan lebih dari 30 orang cedera.


Berikut adalah antara klip video yang sempat dirakamkan oleh krew Buletinonline melalui Livestreaming

http://www.youtube.com/watch?v=oxfMQEcL5Fs&feature=player_embedded


Sementara itu, beberapa agensi berita mula menyiarkan serangan komando Israel keatas Freedom Flotilla. Antara beritanya seperti dibawah:

Israeli forces have attacked the international aid convoy Freedom Flotilla en route to the besieged Gaza Strip, killing at least two people and leaving more than 50 injured.

The attack came on Monday morning after Israel deployed warships and threatened to stop the flotilla from reaching Gaza.

There were not immediately more details about the raid or the casualties.
The convoy carries 10,000 tons of supplies and hundreds of politicians, activists and journalists.

The flotilla seeks to break Israel's crippling blockade of Gaza and deliver basic necessities to the impoverished Palestinians in the coastal enclave.

 ________________________________

update: 



PAS mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Persidangan Islam (OIC) segera bertindak terhadap serangan tentera Israel ke atas Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza, pagi ini.
Sehingga kini, dilaporkan 16 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal berkenaan meninggal dunia yang turut disertai wakil Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, akan mengadakan himpunan aman membantah serangan tersebut di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, selepas solat Jumaat, 4 Jun ini.

Sehubungan itu, PAS mengajak orang ramai juga menyertai himpunan aman tersebut.

Ujarnya lagi, PAS kesal dan mengutuk serangan ke atas aktivis kemanusiaan ini sambil menyifatkan ianya sebagai satu lagi kekejaman Israel.


"Kita mahu Malaysia selaku negara anggota OIC segera mencadangkan sidang tergempar bagi menyatakan pendirian dalam isu ini," ujarnya lagi.

PAS juga, katanya akan menganjurkan persidangan khas mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, kekejaman Zionis mesti dikutuk segera oleh masyarakat dunia.


"Mari kita sama-sama bermunajat menyelamatkan Gaza dan Masjid Al-Aqsa," katanya

KEADILAN (PKR) Turut mengutuk serangan kejam Israel terhadap kapal-kapal bantuan antarabangsa
Keadilan mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan maut tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) di perairan antarabangsa  yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas meunju Gaza. Pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan/kemanusiaan/hak asasi.

Keadilan memanggil seluruh dunia untuk mengutuk dan mengambil tindakan terhadap Israel dan menuntut kerajaan Malaysia menyampaikan mesej yang kuat dengan membatalkan kontrak APCO.


Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat

http://www.buletinonline.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1901%3Aterkini-konvoi-freedom-flotilla-di-serang&catid=36%3Aberita-nasional&Itemid=84
__________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment